Wednesday, 12 December 2007

Saranan Berdoa

Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,

Dan Tuhan kamu berfirman:

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (40: 60)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):

Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (02: 186)

Apabila berseru, atau memohon, atau berdoa kepada Allah, haruslah dengan merendah diri, berahsia, rasa takut, dan penuh harapan. Firman-Nya,

Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya. (07: 55-56)

Juga, Allah menyeru supaya menuluskan agama untuk-Nya:

Dia lah Yang tetap hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; maka Sembahlah kamu akan Dia Dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (40: 65)

Apa yang dipohonkan haruslah yang baik dan tidak tergesa-gesa memohon yang tidak baik. Apabila yang baik dipohon tetapi yang buruk pula yang datang, maka janganlah menjadi jemu dan berputus asa. Firman-Nya,

Dan manusia berdoa Dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa Dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (17: 11)

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang Yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). (41: 49)

Atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati (Nikmat Allah itu). (27: 62)

Doa-doa di dalam al-Qur'an bukan sedikit dan harus dipakai atau dijadikan contoh untuk memohon atau berdoa kepada Allah. Kerana mereka adalah ajaran daripada Allah

Saturday, 6 October 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum W.B.T

Kami seisi keluarga ingin mengambil kesempatan bersempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA Aidil Adha kepada sanak saudara serta saudara mara serta sahabat handai dan kepada yang mengenali kami di Malaysia

Tidak ketinggalan juga ucapan ini ditujukan kepada seluruh Warga Cranfield, terutama kepada AJK CMS, dengan ucapan Selamat Hari Raya aidil adha , Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat sebarang salah silap sepanjang kita berada di Bumi Cranfield ini,

Ikhlas dari :

Mohd Jamil Samad,
Faridah Salam
Siti Nurliana
Mohamad Fikri
Siti Nursyuhada.

Wasallammm